Fb Follow button

Rabu, 13 Januari 2010

Salam Untuk Semua (An Introduction...)

Dimulakan dengan salam dan ucapan selamat datang ke blog ini. Saya SuperSiddiQ (SSQ). Sebenarnya setelah 13 hari melayari tahun baharu 2010 yg penuh dengan cabaran ini, maka barulah terbuka hati SSQ utk memulakan tahun baharu ini dengan menulis blog.

Sebenarnya juga sudah lama impian SSQ utk menulis blog ni. Sejak dari tahun 2007 lagi. Namun kata orang, jika tidak sampai ke hati, maka kita sebenarnya tak ke mana. Justeru, setelah 3 tahun memendam rasa, berfikir secara telus, maka hari ini maka lahirlah blog ini secara official utk diri sendiri... Kepada semua followers...terima kasih kerana kesudian anda mengikuti blog ini.

Setiap jutaan blog yg ada di dalam talian ini mempunyai temanya yg tersendiri. Jadi, setelah 3 tahun berfikir, akhirnya SSQ berjaya menemui satu tema utk blog ini dan temanya adalah konsultansi dan motivasi. Ini kerana, sejak dari kecil lagi saya suka dan tidak berkira untuk menolong orang yang berada di dalam konflik, kesusahan, gangguan emosi, masalah percintaan dsb. Justeru saya fikir, why not i built this blog to help people...At least orang-orang di luar sana yang benar2 memerlukan bantuan, tempat mengadu masalah peribadi ada tempatnya.

SSQ bukanlah seorang kaunselor, malah tiada sebarang tauliahpun di dalam bidang ini. Namun, berdasarkan daripada pembacaan, pemerhatian dan pengalaman hidup diri sendiri dan orang lain yang agak banyak, ia sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada SSQ untuk survive dalam hidup yang semakin hari semakin reput dan mencabar ini. Oleh itu, SSQ bersa tidak salah untuk berkongsi pengalaman dalam membantu semampu yang terdaya dalam menyelesaikan masalah orang lain.

Akhir kata untuk pendahuluan ini, sambutlah kelahiran blog ini dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Jika ada sebarang cadangan atau idea2 bernas anda, sila kemukakan tanpa rasa segan...InsyaAllah, kita berjumpa lagi di lain masa dengan isu2 yang lain pula. Sekian Wasalam. ~SSQ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan